(Datuk Bandar Melaka, Datuk Shadan Othman)
AYER KEROH, 12 Oktober- Inisiatif Projek Bandar Pintar dilaksana ke arah mencapai status Melaka sebagai bandar pintar menjelang 2035.
Datuk Bandarnya, Datuk Shadan Othman berkata, tujuh komponen diperkenalkan bawah projek berkenaan.
Ia termasuk Mobiliti Pintar yang mengintegrasikan internet kebendaan (IoT) dan pengangkutan bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan, selain mengurangkan kesesakan, kos dan impak kepada alam sekitar.
"Sekarang ini boleh dikatakan hampir 90 peratus inisiatif ada dilaksanakan di kawasan MBMB, antaranya yang kita ada laksanakan adalah spiktra M, sistem Smart LED, Scorp, amaran pintar dan juga ada pelbagai lagi inisiatif yang kita laksanakan secara inovasi di kawasan MBMB yang mana penggunaan semua inisiatif ini digunakan pakai di kawasan MBMB dan kesannya kepada masyarakat setempat," katanya.
Datuk Shadan ditemui pemberita selepas perasmian Mobiliti Pintar MBMB yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di MITC, di sini, hari ini.
Penguatkuasa MBMB juga katanya disediakan dengan motosikal elektrik bagi mengurangkan pelepasan karbon di kawasan bandaraya Melaka.
(FOTO HIASAN)