Media arus perdana terus bantu sampaikan dasar, inisiatif kerajaan

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 8 September – Kredibiliti media arus perdana dalam menyampaikan berita sahih terus mendapat kepercayaan masyarakat sehingga kini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengamal media menyampaikan maklumat mengenai dasar, bantuan dan inisiatif kerajaan kepada rakyat.
  • Media memeriksa fakta sebelum menyiarkan untuk mengelakkan kekeliruan berbanding maklumat di media sosial.
  • Kerajaan negeri akan meneruskan dan memperkukuh sesi libat urus agar saluran komunikasi antara kerajaan, media dan rakyat sentiasa berkesan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, pengamal media kekal berperanan membantu menyampaikan maklumat mengenai dasar, bantuan serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.

“Sebab ini merupakan satu kaedah komunikasi yang dapat diterima oleh rakyat dengan lebih cepat dan dipercayai berbanding dengan maklumat di Facebook yang datang daripada pelbagai akaun.

“Jadi, perkara itu boleh mengelirukan. Sebab itu saya menyebutnya sebagai “lidah kebenaran”. Saya percaya pengamal media sentiasa memeriksa fakta sebelum mereka menyiarkan sesuatu maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Media Johor di Johor Bahru.

Sesi libat urus bersama pengamal media yang sebelum ini telah dilaksanakan akan diteruskan dan diperkukuh, bagi memastikan saluran komunikasi antara kerajaan negeri, media dan rakyat sentiasa berada pada tahap terbaik.

Kerajaan negeri turut berharap media terus memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam memperkukuh komunikasi awam, selain membantu menjelaskan isu semasa dan membendung penyebaran maklumat tidak tepat dalam masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.