fb fb fb fb fb

MB menghadap Sultan Perak esok mohon perkenan bubar DUN

(Datuk Seri Saarani ditemui selepas Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan
Negeri Perak di perkarangan Sekolah Kebangsaan Datuk Alaudin)

SELINSING, 11 Oktober- Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pukul 2.00 petang esok bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

"Saya baru mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak untuk membolehkan saya menghadap baginda petang esok.

"Pagi esok kita ada mesyuarat exco seperti biasa dan petang insya-Allah dalam pukul 2.00 petang, saya diperkenankan untuk menghadap Tuanku," kata Saarani selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di perkarangan Sekolah Kebangsaan Datuk Alaudin di sini.

DUN Perak mempunyai 59 kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Barisan Nasional menguasai 25 kerusi DUN, Perikatan Nasional 7 manakala Parti Bangsa Malaysia 3 kerusi.

Pembangkang pula terdiri daripada 24 ADUN iaitu DAP 16, Amanah 5 dan PKR 3 kerusi.

(Datuk Seri Saarani semasa menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di
perkarangan Sekolah Kebangsaan Datuk Alaudin)

Media Baharu