fb fb fb fb fb

Mayat terapung di Sungai Sedili Besar, sah nelayan dilapor hilang minggu lalu

FOTO IPD KOTA TINGGI & JBPM

KOTA TINGGI, 6 November- Operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan di Kota Tinggi, Johor sejak 3 November lalu, ditamatkan selepas penemuan satu mayat terapung di Sungai Sedili Besar, semalam.
 
Mayat mangsa berusia 25 tahun itu ditemui, kira-kira 7 kilometer dari lokasi kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman dalam kenyataannya berkata, keluarga mangsa yang berada di lokasi telah membuat pengecaman, sebelum mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
 
Sejak dilaporkan hilang pada petang 3 November lalu, pasukan penyelamat melibatkan Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Maritim serta penduduk kampung telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.
 
Turut digerakkan, Pasukan Penyelam Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) serta unit anjing pengesan K9.
 
Dalam kejadian tersebut, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai selepas bot dinaiki, terbalik.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE