fb fb fb fb fb

Mayat Hud Aryan ditemukan di tebing sungai - Bomba

Mayat Hud Aryan, 19 bulan, ditemukan di tebing sungai pada jarak tiga kilometer dari rumah keluarganya selepas 45 jam operasi SAR dijalankan

TANAH MERAH, 26 Februari- Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, 19 bulan, yang dilaporkan hilang sejak malam Isnin lalu di Kampung Aira Kuala Tiga di sini ditemukan tidak bernyawa hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata mayat Hud Aryan ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan di tebing sungai pada jarak tiga kilometer dari rumah keluarganya selepas 45 jam pencarian dijalankan.

Terdahulu, media melaporkan kehilangan Hud Aryan disedari ahli keluarga kira-kira pukul 7.20 malam sebelum operasi pencarian digerakkan.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA