fb fb fb fb fb

Masalah jalan terputus laluan Chukai-Air Putih selesai

(Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, projek naik taraf melibatkan kos RM192.8 juta itu
dijalankan oleh JKR Terengganu bermula Mei 2017 dan siap sepenuhnya April lalu
)

KEMAMAN, 20 Julai- Setiap kali banjir, laluan Chukai ke Air Putih di Kemaman; Terengganu sering menghadapi masalah jalan terputus.

Kini, pengguna jalan raya lega setelah kerja penaiktarfan laluan sepanjang 11.4 kilometer selesai.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, projek naik taraf melibatkan kos RM192.8 juta itu dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu bermula Mei 2017 dan siap sepenuhnya April lalu.

Aras jalan raya dinaikkan kira-kira 2 meter tinggi sepanjang 3.1 kilometer di lokasi kerap berlaku banjir.

Turut dibina jambatan tebatan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 313 meter.

"Juga dalam skop itu pembinaan jambatan baharu Sungai Tempurung, lebar 14 meter dan panjangnya 25 meter, dinaik taraf lima persimpangan terutama sepanjang jajaran tersebut termasuk pemasangan lampu jalan, lampu isyarat baharu di persimpangan Pengkalan Binjai.

"Dan juga lampu isyarat jalan sedia ada dan di simpang T126 dan pemasangan lampu jalan jenis led yang baharu di lima persimpangan sepanjang jajaran," kata Alexander kepada media di sini.

Laluan berkenaan turut menjadi pilihan pengguna keluar dari Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 persimpangan Chukai untuk ke Bandar Chukai.

(Datuk Seri Alexander berkata masalah jalan terputus laluan Chukai-Air Putih selesai)

 

 

Media Baharu