fb fb fb fb fb

MARA taja pelajar Malaysia sertai universiti Ivy League tahun depan

Foto BERNAMA

KELANTAN, 30 Oktober - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menaja pelajar cemerlang Malaysia menyertai program khas ke universiti Ivy League bermula pada 2025.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya kini sedang meneliti universiti, yuran pengajian dan program yang akan ditawarkan kepada pelajar terpilih supaya ia relevan dengan keperluan negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
 
"Kita akan buat projek khas untuk pelajar yang cemerlang dengan menempatkan mereka di universiti terkemuka seperti Cambridge, Oxford dan Harvard yang dipanggil universiti Ivy League.

Perkara ini yang akan diberikan tumpuan pada tahun depan," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup International Conference On Teacher Education 2024 (ICTE'24) di Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata seramai 4,577 pelajar tajaan MARA dihantar melanjutkan pengajian ke luar negara pada tahun ini dengan anggaran perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM2 bilion.

Trainee