fb fb fb fb fb

MAQIS Johor sita 37 kotak daging kerbau dari India

Foto MAQIS

JOHOR BAHRU, 13 Jun - Satu kontena berisi 37 kotak daging kerbau yang dibawa masuk dari negara India disita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor.

Kesemua daging seberat 740 kilogram itu dianggarkan bernilai RM11,700 dirampas di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor pada petang semalam.

Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof berkata hasil pemeriksaan dijalankan pihaknya menemui butiran produk tidak sama seperti yang dinyatakan pada sijil halal dikeluarkan.

Lelaki berumur 30-an yang juga ejen penghantaran ditahan, kemudia dilepaskan setelah diambil keterangan.

Perbuatan tersebut menjadi suatu kesalahan kerana memberi perakuan atau dokumen lain yang tidak tepat dan mengelirukan mengikut Seksyen 13 Akta MAQIS 2011 (Akta 728).

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 13 Akta yang sama.


(Foto MAQIS)

Media Baharu