fb fb fb fb fb

'Man On The Run', tiada keputusan muktamad dalam masa terdekat - Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PETALING JAYA, 13 Januari - Tiada keputusan akan dimuktamad dalam masa terdekat berhubung permohonan menurunkan tayangan dokumentari 'Man On The Run' daripada platform penstriman NETFLIX di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ini memandangkan perkara itu melibatkan kes mahkamah yang masih berjalan.

"Ada beberapa pandangan awal yang telah disampaikan MCMC tetapi saya rasa ianya perlu diberikan beberapa pertimbangan yang berlandaskan undang-undang kerana ia melibatkan kes Mahkamah.

“Jadi saya akan adakan pertemuan dalam masa terdekat dengan MCMC terutamanya bagi meneliti aspek perundangan sebelum kita boleh buat pengumuman lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pameran seni seramik Raaqoo Life Magnified-The Main Show oleh Adil Ghani, di sini.

Surat permohonan mengenainya diserah peguam bekas Perdana Menteri itu kepada Fahmi dan MCMC, Khamis lalu.

BERITA BERKAITAN: 

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN