KUALA LUMPUR, 13 Januari - Hampir 15,000 kampung bakal menerima manfaat Dana Komuniti MADANI melibatkan peruntukan keseluruhan RM1 bilion.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap kampung akan menerima RM50,000 hingga RM100,000 untuk meningkatkan kegiatan ekonomi di kawasan masing-masing.
"Kumpulan ini ialah kumpulan yang harus diberikan keadilan untuk di santuni dengan program dan projek yang bersesuian terutama dari segi infrastruktur dari segi liputan telekomunikasi 5G dan juga dalam aspek pendidikan dan keusahawanan serta industri kecil dan sederhana," katanya pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Pemukiman KKDW di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut memaklumkan, pelbagai program menyantuni golongan sasar terutama penduduk luar bandar akan dilaksana tahun ini.
Fokus tertumpu kepada enam bidang utama antaranya ekonomi dan keusahawanan, pendidikan serta infrastruktur dan teknologi.