fb fb fb fb fb

Projek HSR tidak terjejas walaupun firma Jepun tarik diri - Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Januari - Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas meskipun firma Jepun menarik diri daripada terbabit dalam projek berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata firma tersebut bebas membuat keputusan kerana status projek itu masih di peringkat proses Permintaan Maklumat (RFI).

"Itu terpulanglah. Kita buat RFI terbuka, siapa hendak masuk, siapa hendak tarik diri itu terpulanglah bukan bermaksud satu pihak, dia tidak berminat, kita berhenti. Ada banyak pihak yang telahpun menyatakan minat. Saya difahamkan bahawa ada ratusan syarikat yang telah mengambil kertas RFI itu," katanya pada sidang media di stesen KTM Batu Caves, di sini.

Tambah Loke, proses RFI akan berakhir Isnin ini manakala keputusan syarikat-syarikat yang menyatakan hasrat dalam HSR akan diketahui selepas itu, sebelum beralih ke peringkat Proses Permintaan Untuk Cadangan (RFP).

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN