PSM sasar sekurang-kurangnya satu emas di Aichi-Nagoya

Persekutuan Sepaktakraw Malaysia – PSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Mohd Sumali Reduan turut memegang jawatan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia.
  • Sasaran rasmi skuad sepak takraw belum dimuktamadkan dan dijangka diputuskan dalam tempoh terdekat.
  • Pencapaian cemerlang skuad negara boleh membantu Malaysia meraih keputusan membanggakan pada temasya sukan Asia.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata sasaran itu adalah harapan peribadinya terhadap skuad sepak takraw negara pada temasya berkenaan.

“Nantilah, sasaran saya sekurang-kurangnya satu emas di Sukan Asia untuk sepak takraw, secara peribadi. Tapi kalau dapat dua adalah bonus untuk sepak takraw dan bonus kepada negara,” katanya pada sesi lawatan CDM dan Timbalan Ketua Kontinjen (DCDM) ke venue latihan gimnastik artistik, gimrama dan karate di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Bagaimanapun, Sumali berkata sasaran rasmi skuad sepak takraw negara masih belum dimuktamadkan dan dijangka diputuskan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, pencapaian cemerlang skuad negara di Aichi-Nagoya mampu membantu Malaysia melakar keputusan membanggakan pada temasya sukan terbesar Asia itu.

Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dijadual berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.