Alvarez dilema, kekal atau berpindah?

Penyerang Argentina, Julian Alvarez ketika sesi pemanas badan sebelum final Piala Dunia 2026 menentang Sepanyol di Stadium New York/Foto REUTERS

MADRID, 12 Ogos — Penyerang Argentina, Julian Alvarez terus menjalani latihan bersama Atletico Madrid ketika spekulasi mengenai perpindahan ke Barcelona semakin hangat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alvarez terus menjalani latihan bersama Atletico Madrid walau spekulasi perpindahan ke Barcelona semakin hangat.
  • Beliau dilaporkan mengadakan perbincangan lebih dua jam dengan wakil, membincangkan masa depan dan kemungkinan berpindah.
  • Walaupun ada laporan hasrat menyertai kelab Catalan, Alvarez tetap berlatih di bawah kendalian Diego Simeone dan mengekalkan fokusnya.

Alvarez menyertai latihan fizikal dan larian pecut bersama rakan sepasukan di Madrid, sebelum menyertai sesi latihan utama dan perlawanan kecil.

Perkembangan itu berlaku selepas Alvarez dilaporkan mengadakan perbincangan lebih dua jam bersama wakilnya pada Isnin bagi membincangkan masa depannya dan kemungkinan berpindah ke Barcelona.

Menurut laporan media Sepanyol, Alvarez masih berhasrat menyertai kelab Catalan itu.

Namun, penyerang berusia 26 tahun itu tetap menjalani latihan seperti biasa di bawah kendalian Diego Simeone.

Alvarez sebelum ini menyatakan hasrat untuk meninggalkan Atletico selepas kemenangan Argentina ke atas Austria pada Jun lalu, dengan menyifatkan perpindahan itu sebagai pilihan terbaik untuk semua pihak dan mahu merealisasikan impiannya.

Sejak menyertai Atletico daripada Manchester City pada 2024, Alvarez sudah menjaringkan 49 gol dan menghasilkan 17 bantuan gol dalam 106 penampilan dalam semua pertandingan. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.