Peru hantar 12 tan bantuan kemanusiaan ke Colombia

Foto REUTERS

LIMA, 13 Ogos – Peru menghantar 12 tan bantuan kemanusiaan ke Colombia bagi membantu mangsa gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Keiko Fujimori memeriksa pesawat tentera di lapangan terbang Callao sebelum berlepas.
  • Kerajaan Peru menyelaraskan penghantaran pasukan penyelamat terlatih ke Colombia untuk operasi mencari dan menyelamat.
  • Gempa itu merupakan antara yang terkuat dalam beberapa dekad di Colombia.
  • Angka korban dilaporkan 254 orang setakat Selasa pagi, termasuk 101 di Pereira dan 95 di Cali.

Presiden Peru, Keiko Fujimori memeriksa pesawat tentera yang membawa bantuan berkenaan di lapangan terbang Callao sebelum berlepas pada Selasa.

Beliau berkata kerajaan Peru turut menyelaras penghantaran pasukan penyelamat terlatih ke Colombia hari ini bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Gempa yang melanda Colombia pada Isnin itu merupakan antara yang terkuat pernah berlaku di negara berkenaan dalam beberapa dekad.

Laporan dari beberapa bandar terjejas meletakkan angka korban pada 254 orang setakat Selasa pagi.

Pereira merekodkan 101 kematian, manakala 95 lagi dilaporkan maut di Cali. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.