Sembilan kawasan di Sarawak masih catat IPU tidak sihat

Pemandangan sekitar Bandar Raya Kuching diselubungi jerebu / Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Sebanyak sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8 pagi ini, susut daripada 11 kawasan pada pagi semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan IPU tinggi di beberapa kawasan Sarawak; Serian paling tinggi 194, diikuti Kuching 172 dan Samarahan 170.
  • IPU 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, lebih 300 berbahaya.
  • Orang ramai dinasihatkan peka terhadap perubahan cuaca dan kualiti udara serta dapatkan maklumat terkini menerusi saluran rasmi.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 194, diikuti Kuching (172), Samarahan (170), Sarikei (161), Bintulu (157) dan Sri Aman (157).

Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Samalaju (152), Sibu (151) dan Miri (133).

Data IPU dikemas kini setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, suhu maksimum di seluruh stesen utama pada 11 Ogos lalu berada antara 23.1 hingga 35.8 darjah Celsius.

Stesen Meteorologi Mulu, Sarawak merekodkan suhu maksimum tertinggi iaitu 35.8 darjah Celsius, diikuti Stesen Meteorologi Kudat, Sabah dengan 35.6 darjah Celsius.

Bagi jumlah hujan pula, Stesen Meteorologi Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 61.6 milimeter, diikuti Stesen Meteorologi Kuala Krai, Kelantan sebanyak 57.8 milimeter.

Orang ramai dinasihatkan supaya peka terhadap perubahan cuaca dan kualiti udara serta mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran-saluran rasmi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.