KUALA LUMPUR, 20 Oktober- 'Man On The Run (MOTR)' filem dokumentari mengenai pendedahan skandal 1MDB mendapat liputan meluas seluruh dunia.
Menurut Pengarahnya, Cassius Michael Kim, MOTR mendedahkan kisah sebenar tentang rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara.
"Tidak dapat dinafikan, kapitalisme dan kelemahan undang-undang membesarkan lagi jurang ketidaksamaan serta menafikan hak orang lain.
"Ini menjadikan mereka lebih kaya dan saya rasa banyak pengajaran boleh diambil menerusi dokumentari ini", katanya kepada media.
MOTR mula ditayangkan di pawagam seluruh negara semalam.