Malaysia terus perkukuh ASEAN sebagai komuniti berdaya tahan

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Malaysia akan terus memainkan peranan yang konstruktif dalam memperkukuh ASEAN sebagai sebuah komuniti yang berdaya tahan, inklusif serta mampu memenuhi aspirasi rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertukaran pandangan bersama Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn mengenai isu serantau dan keutamaan ASEAN.
  • Perbincangan merangkumi situasi Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan yang memerlukan penyelesaian aman dan diplomatik.
  • Menilai impak kemajuan kecerdasan buatan serta implikasi konflik Asia Barat terhadap keselamatan dan ekonomi rantau ini.
  • Menegaskan prinsip perpaduan, pemusatan dan kerjasama erat untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran ASEAN menuju Wawasan 2045.

Menerusi hantaran di Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dizahirkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn bagi bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau serta keutamaan ASEAN dalam mendepani landskap geopolitik dan ekonomi yang semakin mencabar.

Menurut beliau, perbincangan turut menyentuh perkembangan di Myanmar, situasi di Laut China Selatan, kemajuan kecerdasan buatan (AI), pasca penyertaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN, pelaksanaan ASEAN Community Vision 2045 serta implikasi konflik di Asia Barat terhadap rantau ini.

Perdana Menteri turut menegaskan, ASEAN mesti terus berpegang kepada prinsip perpaduan, pemusatan (centrality) dan kerjasama yang erat agar rantau ini kekal aman, stabil dan makmur.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.