Kejayaan program KEMAS bakal dikongsi di peringkat Jemaah Menteri

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat reruai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Johor selepas merasmikan Hari Kemahiran Peringkat Negeri Johor 2026/Foto BERNAMA

SEGAMAT, 2 Julai – Kejayaan program keusahawanan yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi mengetengahkan impaknya dalam memperkasa usahawan tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Timbalan Perdana Menteri tekankan kejayaan KEMAS perlu dikongsikan sebagai contoh amalan terbaik, bukan untuk bermegah.
  • Projek Jahitan Pukal Pakaian Seragam Tabika KEMAS Johor 2026 libatkan 21 usahawan hasil 15,388 unit nilai jualan RM461,000.
  • Projek Roti Kampung KEMAS 2026 melibatkan 18 usahawan merekodkan nilai jualan RM128,887.
  • Kementerian memperuntukkan RM271 juta tahun ini bagi 111 projek pembangunan di Johor, termasuk RM13.26 juta untuk Parlimen Labis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencapaian KEMAS wajar diberi pendedahan lebih meluas supaya dapat menjadi contoh kepada pelbagai agensi dan pihak lain dalam membangunkan ekonomi masyarakat.

Menurut beliau, usaha tersebut bukan bertujuan membanggakan diri, sebaliknya bagi berkongsi amalan terbaik yang boleh dicontohi.

“Kejayaan ini mesti dikongsikan, bukan untuk riak, bukan untuk sombong, bukan untuk angkuh dan bukan untuk membanggakan diri. Sebaliknya, kerja-kerja baik perlu diperlihatkan supaya menjadi contoh kepada pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Kemahiran Peringkat Negeri Johor 2026 di Labis, di sini.

Antara kejayaan yang diketengahkan ialah Projek Jahitan Pukal Pakaian Seragam Tabika KEMAS Johor 2026 yang melibatkan 21 usahawan dengan pengeluaran 15,388 unit pakaian, sekali gus merekodkan nilai jualan sebanyak RM461,000.

Selain itu, Projek Roti Kampung KEMAS 2026 melibatkan 18 usahawan dengan nilai jualan mencecah RM128,887.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kementeriannya memperuntukkan RM271 juta tahun ini bagi melaksanakan 111 projek pembangunan di Johor.

Daripada jumlah itu, RM13.26 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek pembangunan di Parlimen Labis.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.