Malaysia terus adaptasi teknologi baharu hadapi bencana

Datuk Chang Lih Kang/ RTM

GEORGE TOWN, 8 September- Malaysia sentiasa menyesuaikan penggunaan teknologi terkini mengikut keperluan semasa dalam usaha meningkatkan keupayaan mengurus bencana.

RINGKASAN BERITA AI
  • Teknologi dianggap pendekatan penting untuk memastikan pengurusan bencana dilaksanakan dengan lebih berkesan.
  • Pengalaman Batang Kali 2022 membuktikan keberkesanan penggunaan teknologi dalam operasi bencana.
  • Analisis DNA digunakan untuk membantu mencari dan mengenal pasti identiti mangsa runtuhan.
  • Teknologi angkasa digunakan bagi mengesan keadaan lokasi bencana dan menyokong usaha pencarian.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata penggunaan teknologi merupakan antara pendekatan penting dalam memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Beliau berkata pengalaman menangani tragedi tanah runtuh Batang Kali, Selangor pada 2022 membuktikan keberkesanan penggunaan teknologi dalam operasi bencana.

“Malaysia memang sentiasa membuat persiapan dalam menghadapi bencana. Apa yang berlaku di Nepal sangat menyedihkan dan teknologi memang dapat membantu dalam mengendalikan bencana tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Ke-9 Dunia di sini hari ini.

Datuk Chang berkata teknologi digunakan dalam operasi di Batang Kali bagi membantu mencari mangsa dan mengenal pasti identiti melalui analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Katanya, teknologi angkasa turut digunakan bagi mengesan keadaan di lokasi bencana serta membantu usaha pencarian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.