KUALA LUMPUR, 3 Julai- Malaysia tegas mempertahankan kedaulatan negara terutamanya membabitkan konflik Laut China Selatan meskipun mempunyai hubungan yang erat dengan China.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin menekankan, kerajaan juga akan terus berunding bersama negara berkenaan mengikut mekanisme dan platform yang sedia ada.
"Kita memang tegas dari mula bahawa kita mempertahankan kedaulatan kita.
"Kita akan menggunakan platform-platform yang sedia ada untuk kita mengadakan sebarang rundingan dengan pihak China
"Kita memang bertegas, kita tidak akan berkrompomi soal kedaulatan negara.
"..Tetapi mekanisme yang sedia ada kita akan gunakan..bagaimana untuk kita meneruskan perundingan, perbincangan terutamanya melibatkan Laut China Selatan..'Code Of Conduct' (CoC) umpamanya CoC memang ini sudah diperbincangkan antara kedua-dua negara dan kita memanfaatkan 'ASEAN Framework' yang sedia ada itu bagaimana untuk kita berunding," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan yang bertanya tentang pendirian Malaysia berkenaan konflik tesebut semasa lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China bulan lepas.