fb fb fb fb fb

Malaysia sokong usaha perkasa kerjasama ASEAN

(FOTO FB Steven Sim Chee Keong 沈志强)

KUALA LUMPUR, 1 April- Malaysia menyokong usaha memperkasa kerjasama ASEAN merangkumi isu seperti kelestarian, kesihatan awam, keterjaminan makanan, peralihan tenaga dan ekonomi digital.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim turut mencadangkan pendekatan jalur merah untuk menggalakkan negara anggota bersatu, terutamanya dalam isu berkepentingan bersama.

Beliau mengemukakan cadangan itu, dalam Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor Bank Pusat; AFMGM di Bali, Indonesia, berlangsung selama tiga hari berakhir semalam.

Jelasnya, sebagai institusi yang ditubuhkan pada abad ke-20, wajar bagi ASEAN mengenal pasti semula had-had tertentu membabitkan rantau ini, sekaligus bersuara sebagai gabungan yang utuh dalam isu-isu berkenaan.

Mesyuarat yang turut disertai Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan ASEAN itu juga membincangkan aspek dasar kewangan dan monetari.

Turut menjadi fokus, pendedahan ASEAN kepada krisis perbankan dan inflasi di Amerika Syarikat dan Europah.


(FOTO FB Steven Sim Chee Keong 沈志强)

Media Baharu