Malaysia sasar penggunaan TBB 70 peratus menjelang 2050 – TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Malaysia kekal komited memperkukuh agenda Peralihan Tenaga dengan sasaran meningkatkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada 70 peratus menjelang 2050.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapasiti TBB negara kini menghampiri 33 peratus dan dijangka mencapai 40 peratus pada 2040.
  • Pembangunan tenaga hijau tumpu kepada solar, disokong sistem penyimpanan bateri BESS untuk memastikan bekalan elektrik stabil.
  • Sesi libat urus dan inisiatif seperti 'cress scream' mendapat sambutan baik daripada rakyat serta pelabur tempatan dan asing.
  • Projek tenaga hijau dilaksanakan melalui tender terbuka; dasar mengkehendaki pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 51 peratus milik syarikat tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, ketika ini kapasiti TBB negara menghampiri 33 peratus, dan dijangka meningkat 40 peratus pada 2040.

Menurut beliau, pembangunan sektor tenaga hijau akan memberi tumpuan kepada sumber solar yang dilihat semakin berkembang, namun pelaksanaannya perlu disokong dengan sistem penyimpanan bateri atau ‘Battery Energy Storage System’ (BESS) bagi memastikan bekalan elektrik kekal stabil.

“Susulan itu, kita melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak berkaitan dan akhirnya apa yang kita perkenalkan setakat ini, seperti ‘cress scream’ yang menerima sambutan amat baik bukan sahaja daripada rakyat, juga syarikat dalam negara dan luar negara yang berhasrat melabur dan melihat bahawa Malaysia mempunyai dasar yang jelas serta strategi yang baik.

“Perkara ini bukan sahaja bersifat mesra bagi syarikat-syarikat, tetapi turut memenuhi kehendak dan komitmen negara dan seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wakil Rantau Panjang pada sesi waktu pertanyaan menteri di Parlimen.

Tambahnya, semua projek tenaga hijau dilaksanakan menerusi tender terbuka bagi menggalakkan penyertaan syarikat tempatan dan pelabur asing.

“Bagaimanapun, dasar kerajaan menetapkan pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 51 peratus mesti dimiliki syarikat tempatan bagi memastikan manfaat ekonomi
terus dinikmati industri dalam negara,” ujar beliau lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.