Selangor raih hampir RM8 juta dana penyelidikan kesihatan

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Umi Kalthum Ngah/Foto RTM

SELANGOR, 25 Jun – Ekosistem penyelidikan kesihatan di Selangor terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila penyelidikan tajaan penyelidik berjaya menjana dana hampir RM8 juta sepanjang tahun 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 1,000 kajian didaftarkan dalam National Medical Research Register pada 2025, menunjukkan pertumbuhan tinggi penyelidikan negeri.
  • Ekosistem penyelidikan Selangor kini matang, kukuh dan berdaya saing, menurut Pengarah Kesihatan Negeri.
  • Perasmian Minggu Penyelidikan Selangor 2026 di Hospital Selayang disertai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, menandakan sokongan kementerian.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Umi Kalthum Ngah berkata, pencapaian itu membuktikan keupayaan penyelidik tempatan dalam menarik pembiayaan serta memperkukuh daya saing penyelidikan di peringkat negeri.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian ekosistem penyelidikan di Negeri Selangor yang kini berada pada tahap matang, kukuh dan berdaya saing.

“Sepanjang tahun 2025, lebih 1,000 kajian telah didaftarkan dalam National Medical Research Register (NMRR), manakala penyelidikan tajaan penyelidik berjaya menjana dana hampir RM8 juta.

“Kejayaan ini mencerminkan momentum yang semakin mantap dalam kalangan warga kesihatan negeri ini untuk terus memacu inovasi berasaskan bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Minggu Penyelidikan Selangor 2026 di Hospital Selayang.

Tambahnya, pencapaian tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan sektor perkhidmatan kesihatan negeri dalam memacu inovasi berasaskan bukti, selaras dengan keperluan sistem kesihatan yang semakin mencabar.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian ini yang menunjukkan ekosistem penyelidikan di Selangor kini berada pada tahap matang dan berdaya saing,” katanya lagi.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) dari Kementerian Kesihatan Malaysia, yang mencerminkan sokongan berterusan terhadap pembangunan penyelidikan kesihatan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.