KUALA LUMPUR, 8 Mac- Malaysia berazam memperluaskan hubungan perdagangan dengan China demi kejayaan pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean-China (ACFTA) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (R-CEP) kata
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Hairil Yahri Yaacob.
Pekara itu bagi memartabatkan ACFTA agar ia kekal komprehensif, relevan dan memberi manfaat kepada anggotanya.
"ACFTA yang telah berada lebih dari sepuluh tahun yang lalu amat penting bagi negara dan kini kita sedang menaik taraf ACFTA untuk mendapatkan integrasi ekonomi yang lebih baik. RCEP yang telah ditandatangani tiga tahun lalu juga merupakan.
"Satu lagi kawasan perdagangan Bebas Mega buat negara. Jadi inilah ciri perjanjian utama di mana Malaysia dan China adalah ahli," katanya dalam majlis Pra Pelancaran Sidang Kemuncak Malaysia-China (MCS) 2024.
Sidang kemuncak itu dijadual berlangsung bermula 17 hingga 19 Disember depan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Ia diadakan sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Kira-kira 500 peserta pameran dari China, Malaysia dan negara ASEAN dijangka terlibat dan menyasarkan lebih 10,000 pengunjung sepanjang ekspo tiga hari itu.