fb fb fb fb fb

Malaysia hormati jasa Pope Francis, hantar menteri ke Vatican dan kedutaan

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bercakap dalam sidang media di Putrajaya

PUTRAJAYA, 23 April - Malaysia akan menghantar seorang menteri untuk menghadiri majlis pengebumian mendiang di Vatican, sebagai tanda mengenang jasa dan bakti Pope Francis terutamanya kelantangan mendiang menyuarakan isu Gaza.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, bagi hasrat sama juga seorang lagi menteri dihantar ke kedutaan Vatican di Kuala Lumpur bagi memberi penghormatan.

"Jemaah Menteri hari ni juga merakamkan ucapan takziah kepada Pope Francis yang meninggal dunia dan di Malaysia, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick, akan secara rasmi mewakili kerajaan untuk menandatangani buku di kedutaaan Vatican di Kuala Lumpur," kata Fahmi dalam sidang media, di sini.

Pope Francis, 88 tahun dilaporkan meninggal dunia pada Isnin lalu akibat strok dan kegagalan jantung yang tidak dapat dipulihkan. Sesi pengebumian akan diadakan pada pagi Sabtu waktu tempatan.

TETITIA YUSOFF