Malaysia-Australia dijangka meterai kerjasama aeroangkasa, teknologi pertahanan

Foto fail BERNAMA

CANBERRA, 30 Jun – Malaysia dan Australia dijangka memeterai kerjasama dalam bidang aeroangkasa dan teknologi pertahanan, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis pemeteraian disaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri Australia, TYT Richard Marles.
  • Kerjasama melibatkan Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan syarikat aeroangkasa Australia Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI).
  • Kerjasama bertujuan mengukuhkan perdagangan, pelaburan, kerjasama teknologi dan keselamatan serantau selaras aspirasi Malaysia Australia CSP.

Majlis pemeteraian kerjasama strategik itu dijadual berlangsung pada Rabu dengan disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles.

Majlis pemeteraian kerjasama akan melibatkan Weststar Defence Industries Sdn Bhd, dengan syarikat aeroangkasa dan teknologi pertahanan Australia, Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI).

“Kerjasama ini dijangka mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-Australia, sejajar dengan aspirasi ‘Malaysia – Australia Comprehensive Strategic Partnership’ (CSP), khususnya dalam bidang kemakmuran ekonomi, kerjasama teknologi dan keselamatan serantau,” menurut Weststar menerusi kenyataan.

Dalam majlis pemeteraian kerjasama strategik tersebut, Datuk Seri Mohamed dan TYT Richard Marles turut dijadual membuat ucapan.

Turut dijadual menyertai majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Kumpulan The Weststar Group, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim.

Datuk Seri Mohamed Khaled kini mengadakan lawatan kerja selama tiga hari di Australia bermula hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.