fb fb fb fb fb

Malaysia, antara negara terbesar bilangan anggota Misi Pengaman PBB

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Malaysia berada di tangga ke-25 daripada 123 negara yang terlibat dengan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, PBB setakat Mac 2023.

Ini melibatkan 859 anggota termasuk 98 wanita, yang terlibat dalam lima Misi Pengaman PBB di Lubnan, Sahara Barat, Wilayah Abyei, Sudan Selatan dan Republik Demokratik Congo.
 
"Sehingga kini, Malaysia telah menyertai 38 misi PBB di seluruh dunia dengan penglibatan sejumlah lebih kurang 40,000 pegawai dan anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kini, Malaysia merupakan antara negara terbesar dalam menyumbang bilangan anggota kepada Misi Pengaman PBB,"kata Datuk Mohamad Alamin.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Paul Igai berhubung peranan Malaysia dalam pasukan pengaman PBB.

Penyertaan Malaysia dalam Misi Pengaman PBB pada Oktober 1960 melibatkan 3,500 pegawai di Congo.


(Datuk Mohamad Alamin)

Media Baharu