fb fb fb fb fb

Malam Cinta Palestin hiasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2024

FOTO RTM

KANGAR, 1 Januari - Lebih 1,000 masyarakat setempat membanjiri Dewan 2020, Kangar bersempena Malam Cinta Palestin Sambutan Tahun Baru 2024.

Berbeza seperti kelaziman sambutan ambang tahun baru dengan persembahan artis dan pertunjukkan bunga api, namun kelainan ditampilkan dalam sambutan kali ini.

Menurut Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, sambutan kali ini lebih kepada solidariti kepada masyarakat Palestin sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada penderitaan yang dialami penduduk Palestin ketika ini.

Antara pengisian sambutan ialah solat Marghrib dan Isyak berjemaah, tazkirah, persembahan nasyid, forum khas Cinta Palestin oleh Mufti Negeri Perlis dan Pengerusi Aid 4 Palestine Malaysia, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Tayangan Video Palestin dan penyerahan Streamer Haiyya 'Ala Solah kepada Ketua Jabatan Negeri

"Kehadiran ramai rakyat Perlis menunjukkan bahawa rakyat Perlis sukakan sambutan yang bersifat ilmiah dan bersederhana dengan harapan agar program sebegini akan dijayakan lagi di masa hadapan." jelas Mohd Shukri.

Beliau memaklumkan pada Malam Cinta Palestin Sambutan Tahun Baru 2024 yang berlangsung di Dewan 2020.

Program yang julung kali diadakan ini bagi menyambut usul Palestin dibentangkan dan diluluskan semasa Sidang DUN kali 15 yang lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD