
SERDANG , 6 September – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 merekodkan hampir 4.3 juta pengunjung setakat semalam.
- Lebih 1.7 juta pengunjung merupakan golongan belia, menunjukkan sambutan menggalakkan dalam kalangan generasi muda.
- Memorandum persefahaman memeteraikan kolaborasi strategik dengan jangkaan pelaburan sekitar RM10.35 bilion.
- Nilai jualan langsung MAHA mencecah RM66.88 juta.
- MAHA mengukuhkan peranan sebagai platform memperkasa sektor agromakanan serta membuka peluang perdagangan dan pelaburan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, daripada jumlah itu, lebih 1.7 juta merupakan golongan belia, sekali gus membuktikan sambutan menggalakkan terhadap acara berkenaan.
“Saya yakin hingga 10 malam ini, jumlah kehadiran akan melebihi 5 juta pengunjung. Sasaran kita 4 juta orang jadi kehadiran lebih dari sasaran 1 juta. Memorandum persefahaman berjaya memeteraikan kolaborasi strategik dan jangkaan pelaburan lebih kurang 10.35 bilion,” katanya.
Tambah beliau, sepanjang tempoh penganjuran MAHA 2026 turut berjaya merekodkan jangkaan kolaborasi strategik dan pelaburan berjumlah RM10.35 bilion serta
nilai jualan langsung mencecah RM66.88 juta.
Dengan pencapaian itu katanya sekali gus mengukuhkan MAHA sebagai platform penting dalam memperkasa sektor agromakanan serta membuka peluang perdagangan dan pelaburan di peringkat domestik dan antarabangsa.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan MAHA 2026, di MAEPS, di sini.
Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.