Para SUKMA Selangor: Ahmad Shahmim dalam kelas tersendiri, angkatan emas cipta hatrik

Foto FB Sukma Selangor

SHAH ALAM, 7 Sept – Atlet para powerlifting Kelantan, Ahmad Shahmim Mohd Kadri mencuri tumpuan apabila berjaya memecahkan rekod Temasya Para SUKMA Selangor 2026 di sini sekali gus mencipta hatrik bagi kejohanan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Berjaya melakukan angkatan pada percubaan pertama dan memperbaiki catatan pada angkatan seterusnya.
  • Kejayaan hasil latihan intensif dan pertukaran kategori yang membolehkan beliau menambah berat badan serta meningkatkan kekuatan angkatan.
  • Jurulatih menyuruh beliau naikkan berat badan; kini fokus persiapan rapi untuk Sukan SEA serta memperbaiki rekod peribadi.
  • Dalam acara Para Powerlifting Lightweight bawah 61kg wanita, Bibiana Ahmad juara dengan rekod kebangsaan; Aphiradi perak, Nurul Rabiatul gangsa.

Lebih membanggakan, rekod itu berjaya dipecahkan menerusi percubaan pertama, sebelum beliau terus memperbaiki catatannya pada angkatan berikutnya.

Jelas Ahmad Shahmim, 24, kejayaan itu hadir hasil latihan intensif serta perubahan kategori yang membolehkannya meningkatkan berat badan dan kekuatan angkatan.

“Alhamdulillah saya berpuas hati. Jurulatih suruh saya naikkan berat badan, naikkan lagi angkatan. Saya ikut. Alhamdulillah makin naik berat badan, makin naik angkatan,” ujarnya.

Ahmad Shahmim berkata beliau kini menyasarkan persiapan lebih rapi bagi menghadapi Sukan SEA akan datang, selain terus memperbaiki prestasi dan catatan peribadinya.

Sementara itu, dalam acara Para Powerlifting Lightweight bawah 61 kilogram (kg) wanita, atlet Sarawak, Bibiana Ahmad muncul juara selepas melakukan angkatan seberat 86kg sekali gus mencipta rekod kebangsaan dalam acara berkenaan.

Pingat perak menjadi milik Aphiradi Singchang dari Perak dengan angkatan 59kg, manakala Nurul Rabiatul Adawiyah Bakri dari Sarawak meraih gangsa menerusi angkatan seberat 56kg.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.