CYBERJAYA, 29 Mac- Lembaga Hasil Dalam Negeri menawarkan penggunaan DuitNow sebagai kaedah terbaharu bayaran balik lebihan cukai.
Ia melibatkan pembayar cukai individu, pemilihan kaedah DuitNow telah disediakan pada Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2021 bermula 1 Mac lalu.
Kaedah tersebut membolehkan pembayar cukai menerima bayaran balik tanpa perlu memaklumkan nombor akaun bank kepada HASiL.
"Pembayar cukai hanya perlu mendaftar kemudahan DuitNow dengan bank masing-masing, menggunakan Nombor MyKad atau Passport sebagai Nombor Pengenalan."
"Selain mudah dan selamat, bayaran balik menerusi DuitNow dibuat secara waktu sebenar tanpa sebarang had transaksi," kata kenyataan itu.
(FOTO DuitNow)
Kaedah tersebut akan diperluas kepada pembayar cukai syarikat pada masa akan datang.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh dikemukakan kepada LHDN menerusi talian Hasil Care atau pelantar media sosialnya.