fb fb fb fb fb

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah pangsa di Damansara Damai

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Mei- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kejadian seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah unit rumah pangsa di tingkat empat, Blok C, Apartment Lestari, Damansara Damai, Selangor kira-kira pukul 8 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar menerusi satu kenyataan memaklumkana pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.

Beliau berkata lima jentera bomba dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan Damansara, digerakkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 9.30 malam.

“Mangsa merupakan seorang lelaki ditemukan rentung di atas katil di dalam sebuah bilik,” katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE