fb fb fb fb fb

Lebuhraya WCE dijangka siap pada Mac 2026

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

TANJONG KARANG, 16 Mei- Kemajuan pembinaan jajaran Seksyen 7 Lebuhraya Pantai Barat (WCE) di Tanjong Karang–Assam Jawa mencapai 89 dan 33 peratus untuk kedua-dua projek dan dijangka siap pada Mac 2026 kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Lebuh raya yang sepanjang 29.5 kilometer itu mampu menjimatkan masa perjalanan sehingga sejam berbanding jalan persekutuan sedia ada.

"Setakat ini projek lancar dibina dan Seksyen 7 ini bahagi kepada dua seksyen 7A, 7B. 7A ini siap 89 peratus manakala 7B siap 33 peratus.

"Saya difahamkan projek ni boleh siap tahun 2026, jadi apabila projek ini siap nanti ia akan memberi laluan alternatif kepada Lebuhraya Persekutuan dan juga PLUS bagi jajaran utara dan selatan," katanya kepada pemberita semasa lawatan kerja ke tapak Projek seksyen 7 di sini.

Pembukaan jajaran itu memudahkan perjalanan selain mengurangkan kesesakan terutama pada hujung minggu dan musim perayaan.

Tambahnya, pembinaan lebuh raya itu juga membuktikan kerajaan komited dalam membina infrastruktur yang selesa dan selamat demi kesejahteraan komuniti setempat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI