fb fb fb fb fb

Lebih 5,000 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Langkawi

Kanak-kanak turut diraikan dengan pemberian duit raya

LANGKAWI, 4 Mei- Lebih 5,000 orang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat daerah Langkawi.

Program anjuran bersama Pejabat Daerah Langkawi dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan itu berlangsung di Dewan Badminton Kompleks Sukan LADA.

Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subri Abdullah dalam ucaptamanya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan dan yang hadir pada majlis tersebut.

Ujarnya kepelbagaian kaum yang hidup dalam suasana harmoni merupakan identiti unik serta menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke pulau peranginan itu.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu raya oleh artis tempatan yang berlangsung dari pukul 8 malam hingga 10.30 malam.

Pelbagai juadah disajikan kepada mereka yang hadir.

Tidak ketinggalan RTM Langkawi turut mengambil bahagian dalam persembahan dan juga penyediaan reruai bersama-sama jabatan lain.

Pada akhir program reruai Jabatan Pertanian diumumkan sebagai reruai terbaik.

Manakala Aloft dinobat naib juara dan tempat ketiga dimenangi oleh Tropical Chartered.

Kanak-kanak turut diraikan dengan pemberian duit raya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE