fb fb fb fb fb

Lebih 1,900 penduduk terjejas banjir di Pasir Mas pindah ke PPS

(Foto fail)

PASIR MAS, 13 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan terus meningkat.

Menurut infobencana JKM, sehingga kini 1,929 penduduk melibatkan 601 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

PPS SK Tok Deh mencatat jumlah paling ramai iaitu 704 orang daripada 224 keluarga.

"PPS SK Gual Periok, 532 individu berlindung melibatkan 146 keluarga.

"Lima lagi PPS yang beroperasi ialah SK Sri Kiambang (231), SK Kubang Kual (212), PPS Putat Tujoh (143), Masjid Mukim Padang Licin (68) dan SK Kedai Tanjong 39 orang," menurut infobencana JKM.

Sementara itu menurut public infobanjir JPS, Sungai Golok di Rantau Panjang masih merekodkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 9.48 meter manakala Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat menunjukkan trend menaik iaitu 2.28 meter melebihi paras amaran.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, jalan-jalan negeri yang terjejas akibat banjir ialah di jajahan Tanah Merah apabila berlakunya cerun runtuh di Jalan Bukit Pauh-Kuala Tiga Seksyen 5.2.

Laluan hanya dibuka satu lorong kepada semua kenderaan.

(Lebih 1,900 penduduk terjejas banjir di Pasir Mas pindah ke PPS)

Media Baharu