fb fb fb fb fb

Lawatan Anwar ke Republik Kyrgyz, perkukuh hubungan dua hala

Foto FB Anwar Ibrahim

REPUBLIK KYRGYZ, 15 Mei- Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Kyrgyz dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara Republik Kyrgyz-Malaysia, selain mengintai peluang kerjasama baharu antara kedua-dua negara.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata Republik Kyrgyz adalah negara pertama dikunjungi beliau dalam kerangka lawatan ke Asia Tengah meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan.

"Beberapa program rasmi dan tinjauan mesra telah diatur sepanjang lawatan ini sebelum saya dan delegasi berlepas ke destinasi berikutnya iaitu Kazakhstan," menurut Anwar.

Terdahulu, Anwar dan delegasi Malaysia telah menamatkan lawatan rasmi di Qatar selama tiga hari.

Dalam pada itu, Anwar berkata pihaknya telah menyalurkan bantuan kepada pelajar yang terlibat dalam insiden kebakaran di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Bantuan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik, Kamil Munim yang juga mewakili Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:
Anwar tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM