fb fb fb fb fb

Laporan forensik projek LCS disiar kepada umum

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Laporan Audit Forensik berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS) yang dalam simpanan Bousted Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) disiarkan kepada umum, malam semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata lembaga pengarah BHIC bersetuju untuk nyahklasifikasi dokumen berkenaan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri berkaitan perkara itu sebelum ini.

(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein / FOTO FAIL)

Hishamuddin dalam ciapan di Facebooknya turut mengepilkan surat daripada BHIC kepada Sekretariat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan nyahklasifikasi dokumen berkenaan.

"Laporan ini hanya mengenai audit forensik LCS kerana ia merupakan laporan audit forensik dalaman syarikat, turut merangkumi maklumat dalaman syarikat BHIC yang lain," katanya.

Laporan audit forensik itu boleh diakses oleh orang ramai menerusi pautan www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-257-319.pdf

Media Baharu