
KUALA LUMPUR, 20 April – Jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi sektor automotif Malaysia meningkat 21 peratus kepada 63,489 unit kenderaan pada Mac 2026 berbanding bulan sebelumnya.
- TIV yang sederhana disebabkan cuti perayaan Hari Raya dan penutupan sementara kilang sepanjang tempoh perayaan.
- Pengeluaran Mac 2026 susut 17 peratus kepada 48,129 unit berbanding Mac 2025.
- Jan hingga Mac 2026 jualan turun tiga peratus kepada 182,113 unit dan pengeluaran berkurang 10 peratus; MAA jangka jualan April stabil.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan, jumlah itu secara amnya masih selari dengan purata lima tahun kebelakangan ini iaitu sekitar 72,000 unit.
“TIV yang sederhana ini disebabkan cuti perayaan Hari Raya termasuk cuti umum tambahan pada 20 Mac 2026 dan penutupan sementara kilang sepanjang tempoh perayaan itu,” menurut MAA dalam satu kenyataan.
Menurut persatuan itu, pengeluaran pada Mac 2026 susut 17 peratus kepada 48,129 unit berbanding 58,063 unit pada Mac 2025.
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, jualan menurun tiga peratus kepada 182,113 unit berbanding 188,432 unit bagi tempoh sama tahun lepas.
Manakala pengeluaran turut berkurang 10 peratus kepada 159,367 unit daripada 177,603 unit.
Mengulas prospek April 2026, MAA menjangkakan jualan kenderaan akan kembali stabil.