
KUALA LUMPUR, 5 April – Langkah menangani krisis tenaga global, diperkukuh menerusi penekanan kepada usaha melindungi kebajikan rakyat.
RINGKASAN BERITA AI
- Memperkukuh langkah menangani krisis tenaga global dengan penekanan melindungi kebajikan rakyat.
- Menguatkan disiplin, kerjasama dan keyakinan sebagai sumber kekuatan menghadapi cabaran global.
- Menyarankan penggunaan aplikasi PriceCatcher untuk semak harga dan membuat pilihan pembelian bijak.
Menerusi hantaran Facebook Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, beliau menyatakan perkara berkenaan, diberi fokus dalam sesi penerangan bersama Timbalannya, Teo Nie Ching.
“Ketika menghadapi cabaran global, kekuatan lahir daripada disiplin yang diperkukuh dengan kerjasama serta disokong keyakinan.
“Insya-Allah, Malaysia akan terus kekal teguh, stabil serta berdaya tahan menghadapi apa jua rintangan,” katanya.
Beliau dalam pada itu, turut menyarankan orang ramai memanfaatkan aplikasi PriceCatcher bagi membuat semakan harga dan pilihan pembelian yang bijak.