fb fb fb fb fb

Labuan salah satu lokasi penganjuran program ASEAN 2025

Hannah Yeoh

LABUAN, 8 November- Labuan tidak terkecuali menerima manfaat dalam penganjuran Sidang kemuncak ASEAN yang dipengerusikan Malaysia pada tahun depan.

Perkara itu berikutan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam rancangan menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi penganjuran program sempena persidangan itu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, setiap kementerian diminta merangka program masing-masing di pelbagai lokasi di seluruh negara.

"Jadi kita sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Labuan sebagai salah satu daripada penganjur program ASEAN untuk belia bawah Kementerian Belia dan Sukan.

"Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan memperhalusi semua topik dan cadangan tersebut. Kita pasti akan memberikan pertimbangan untuk Labuan," katanya kepada pemberita pada Majlis Libat Urus Bersama NGO Belia dan Sukan di sini.

Dalam perkembangan lain beliau dalam usaha menjadikan Labuan sebagai destinasi penganjuran program ekspo belia sukan pada tahun depan.

Usaha itu dilihat akan membantu dalam merancakkan ekosistem sukan dan belia di pulau itu selain memaklumkan permohonan geran padanan sukan dan dana sukan komuniti boleh dipohon ke kementerian itu.

Beliau juga mahu peruntukan berkenaan akan dimanfaatkan badan bukan kerajaan (NGO) belia dan sukan di Sabah, Sarawak dan termasuk Labuan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI