KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan pengumuman penghargaan khas kepada seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau turut menyeru semua pihak agar terus bersatu dan berganding bahu dalam usaha memajukan negara ke tahap yang lebih tinggi.
Katanya, usaha tersebut penting demi kesinambungan pembangunan serta memastikan kemakmuran dan kesejahteraan seluruh warga negara berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa bentuk penghargaan kepada rakyat merangkumi pemberian tunai sekali bayar sebanyak RM100, cuti umum seluruh negara pada 15 September ini serta penurunan harga petrol RON95.
Selain, penangguhan kenaikan kadar tol dan peningkatan peruntukan Program Jualan Rahmah MADANI kepada RM600 juta berbanding RM300 juta.