fb fb fb fb fb

Kronologi kes Prebet Muhammad Syafiq

Prebet Muhammad Syafiq Hilmi ditemui sekitar pukul 11.29 pagi semalam di Limbang, Sarawak

Kronologi penemuan prebet Muhammad Syafiq:

18 Jun 2024
Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS), Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim disedari hilang kira-kira pukul 12 tengah hari di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Brunei dalam Op Ukur.

19 Jun 2024
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta JUPEM.

21 Jun 2024
Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) mengeluarkan kenyataan media berhubung kehilangan Muhammad Syafiq.

27 Jun 2024
Memasuki hari ke-10, operasi SAR diteruskan menggunakan kaedah pencarian udara dan darat di sekitar kawasan Ulu Mendalam.

Pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut melaksanakan pencarian di sekitar kawasan radius pencarian.

Antara aset diaturgerakkan adalah helikopter milik Tentera Udara Malaysia (TUDM), Agusta milik TDM dan Unit Anjing Pengesan K9 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

29 Jun 2024
Pencarian memasuki hari ke-12 turut dibantu oleh anggota dari ‘Combat Air Rescue’ TUDM.

3 Julai 2024
Hari ke-16, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi serta beberapa pegawai kanan TDM turut serta dalam operasi pencarian.

4 Julai 2024
Hari ke-17, penduduk kampung melakukan upacara ‘miring’ untuk mencari Prebet Muhammad Syafiq di kawasan Bukit Pulau Burung, Ulu Mendalam Limbang, Sarawak.

6 Julai 2024
Memasuki hari ke-19, Muhammad Syafiq ditemui selamat pada pukul 11.29 pagi dalam keadaan lemah.

Muhammad Syafiq berjaya menjejaki tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.

BERITA BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN