Krisis tenaga: Kerajaan sedia bincang dengan semua pihak termasuk pembangkang

Gambar Hiasan

IPOH, 4 April – Kerajaan membuka ruang perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk pembangkang bagi menyelesaikan cabaran ekonomi semasa termasuk krisis tenaga global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keutamaan kerajaan ialah melindungi kepentingan rakyat dan negara dalam menghadapi cabaran ekonomi.
  • Segala teguran terhadap pengurusan ekonomi mesti berasaskan fakta dan ilmu, bukan kritikan tanpa asas.
  • Kerajaan melaksana subsidi bahan api dan pelan sokongan menyasarkan golongan berpendapatan rendah serta sektor kritikal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, keutamaan perlu diberi terhadap usaha melindungi kepentingan rakyat dan negara.

Jelas beliau, sebarang teguran terhadap pengurusan ekonomi perlu berasaskan fakta dan ilmu, bukan kritikan tanpa asas.

“Laporan Bank Negara Malaysia pada minggu lalu menunjukkan pertumbuhan, pelaburan dan inflasi kita lebih baik daripada unjuran. Namun, situasi berubah secara mendadak susulan konflik geopolitik global akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford dan bekas pelajarnya di sini hari ini.

Jelas Perdana Menteri lagi, kerajaan sedang melaksana pelbagai langkah bagi menampan impak krisis tersebut terhadap rakyat, termasuk melalui subsidi bahan api dan pelan sokongan yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah serta sektor kritikal.

Beliau berkata RON95 di negara ini kekal antara yang terendah di dunia, manakala subsidi turut diberi kepada sektor penting termasuk pertanian dan pengangkutan awam.