fb fb fb fb fb

KKM terima bangunan blok baharu HSJ

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tiga, kanan) bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tiga, kiri) menyaksikan penyerahan replika kunci pada Majlis Penyerahan Projek Siap Blok Tambahan Hospital Seberang Jaya hari ini.

SEBERANG JAYA, 2 Mei- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima penyerahan rasmi bangunan blok baharu Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pembinaan bangunan setinggi sembilan tingkat itu bakal menjadi pusat rujukan utama zon utara dalam rawatan kardiologi dan kardiotorasik pediatrik.

Projek yang menelan kos RM486.2 juta itu menempatkan 316 katil, enam dewan bedah dan tujuh jenis wad pelbagai disiplin, termasuk Unit Rawatan Rapi (ICU) dan High Dependency Unit (HDU).

Ini menjadikan kapasiti keseluruhan HSJ meningkat kepada 729 katil dan 11 dewan bedah, memperkukuh statusnya sebagai hospital rujukan utama di zon utara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada Hospital Pulau Pinang.

"Kardiologi pediatrik merupakan satu pusat rujukan zon utara bagi perkhidmatan kardiologi, sekali gus akan dapat mengurangkan kesesakan," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Rasmi Projek Blok Bertingkat HSJ daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) kepada KKM.

Projek pembinaan bangunan tambahan HSJ yang bermula pada 2016 pada awalnya dijadualkan siap pada 2020.
 
Namun, tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19, tiga tahun lalu.

 
 

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello