KKM jangka tiada lonjakan kes COVID-19 musim perayaan

PUTRAJAYA, 10 Januari– Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tiada berlaku lonjakan kes baharu COVID-19 semasa musim perayaan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarkan pengalaman setelah sempadan negara dibuka semula sejak 1 April 2022.

Menerusi pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Krismas, termasuk ketika rakyat Malaysia kembali dari tanah suci serta ketika pilihan raya tidak berlaku lonjakan kes COVID-19.

“Keberkesanan vaksin masih kuat dan ia dapat melindungi diri kita daripada dijangkiti COVID-19,” katanya dalam Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan Bersama Media di sini.


(Foto BERNAMA)

Tambahnya, kes baharu COVID-19 dalam negara menunjukkan trend penurunan iaitu kurang 500 kes baharu dicatatkan setiap hari dalam tempoh dua minggu lepas, berbanding antara 3,000 ke 4,000 kes beberapa bulan sebelum ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.