fb fb fb fb fb

KKM gariskan lima Panduan Pengurusan dan Kesiapsiagaan Bencana

Dr Dzulkefly Ahmad ditemui media selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Bencana Bersempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Peringkat KKM Tahun 2024 dan Pelancaran 5 Garis Panduan di Kuala Lumpur/RTM

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Lima Garis Panduan Pengurusan dan Kesiapsiagaan Bencana digariskan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia komitmen berterusan kementerian itu bagi memastikan kesiapsiagaan, respons pantas dan pemulihan yang berkesan semasa dan selepas kejadian bencana.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata garis panduan itu dibuat bagi membina kapasiti dan keupayaan lebih baik untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan bencana.

"Paling penting tujuan asasnya adalah untuk menyediakan negara berdepan dengan apa juga kemungkinan berlakunya bencana sama ada bencana seperti banjir, tanah runtuh dan pelbagai penyakit seperti leptospirosis(kencing tikus)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Bencana Bersempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Peringkat KKM Tahun 2024 dan Pelancaran 5 Garis Panduan di sini hari ini.

Garis panduan tersebut ialah Pelan Pengurusan Bencana Peringkat KKM 2024, Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) Prosedur Operasi Standard 2024 dan Ketiga melibatkan aspek kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan.

Garis Panduan Keempat pula meliputi Pasukan Penilaian Pantas dan Pasukan Tindak Pantas 2024 dalam situasi krisis kesihatan dan Garis Panduan Kelima Mobilisasi Sumber Manusia Semasa Kecemasan Kesihatan Awam 2024.

Trainee2