Ketua Eksekutif SAR Macau berlepas pulang selepas akhiri lawatan kerja empat hari

Sam Hou Fai

SEPANG, 5 September – Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macau, Sam Hou Fai berlepas pulang hari ini selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lawatan pertama Sam Hou Fai ke Malaysia sejak menyandang jawatan Ketua Eksekutif SAR Macau pada Disember 2024.
  • Beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
  • Perbincangan menumpukan memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, kewangan, sains, teknologi, pendidikan serta industri konvensyen dan pameran.
  • Beberapa perjanjian perniagaan dimeterai; perdagangan 2025 bernilai RM367.7 juta, meningkat 73.6 peratus berbanding 2024.

Beliau berlepas dari Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selepas mengadakan lawatan kerja yang bermula 2 September lalu.

Lawatan itu merupakan yang pertama Sam Hou Fai ke Malaysia sejak menyandang jawatan Ketua Eksekutif SAR Macau pada Disember 2024.

Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.

Pertemuan berkenaan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kewangan, sains dan teknologi, pendidikan serta industri konvensyen dan pameran.

Malaysia dan Macau turut menyatakan komitmen untuk memperluas hubungan rakyat menerusi pendidikan dan pelancongan, termasuk usaha memperkukuh kerjasama dalam sektor berkenaan.

Sepanjang lawatan itu, beberapa perjanjian perniagaan antara syarikat Malaysia dan Macau turut dimeterai, yang diharap dapat memacu kerjasama ekonomi lebih erat dan luas antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, jumlah perdagangan antara Malaysia dan SAR Macau pada 2025 bernilai RM367.7 juta, meningkat 73.6 peratus berbanding 2024.

Kerjasama yang diperkukuh menerusi lawatan berkenaan dijangka terus membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka peluang baharu dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.