
KUALA LUMPUR, 6 September – Dua individu ditahan termasuk seorang bekas pengarah besar sebuah badan berkanun, bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dalam pelantikan sebuah syarikat pemaju bagi satu projek di Kuala Lumpur.
- SPRM memaklumkan suspek lelaki lingkungan 60-an dan 50-an ditahan kira-kira pukul 4 petang ketika beri keterangan di Ibu Pejabat Putrajaya.
- Sumber disyaki terlibat penjualan tanah badan berkanun kepada syarikat berkepentingan dengan pemaju tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah atau anak syarikat.
- Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin untuk permohonan perintah reman.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan penahanan; kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 60-an dan 50-an, ditahan kira-kira pukul 4.00 petang tadi ketika diminta hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Menurut sumber, kedua-dua individu turut disyaki terlibat dalam urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan syarikat pemaju tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah dan anak syarikat.
“Kedua-dua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin bagi mendapatkan perintah reman,” menurut kenyataan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan. Kes disiasat bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.