Iran sedia ambil tindakan, sekiranya keselamatan diserang

Tehran tidak akan ‘berdiam diri’ terhadap sebarang serangan baharu Amerika/Foto REUTERS

TEHRAN, 6 September – Iran memberi amaran sedia mengambil tindakan sekiranya kepentingan atau keselamatannya diserang, ketika tekanan ekonomi akibat sekatan Amerika Syarikat (AS) semakin meningkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Speaker Parlimen Mohammad Baqer Qalibaf menegaskan Tehran tidak akan berdiam diri terhadap sebarang serangan baharu.
  • Iran menghadapi cabaran ekonomi utama: inflasi, kadar pertukaran dan pengangguran yang meningkat.
  • Menteri Ekonomi Ali Madanizadeh umumkan pembaharuan bagi menangani tekanan ekonomi tanpa ubah dasar negara.
  • Ketegangan meningkat selepas gencatan senjata Jun gagal; CENTCOM dakwa menyerang tiga kapal tangki Iran.

Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Qalibaf menegaskan Tehran tidak akan ‘berdiam diri’ terhadap sebarang serangan baharu.

Iran ketika ini berdepan cabaran utama antaranya inflasi, kadar mata wang serta pengangguran.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Iran, Ali Madanizadeh menyatakan kerajaan bakal melaksanakan pembaharuan bagi menangani tekanan ekonomi tanpa mengubah dasar negara akibat sekatan AS.

Ketegangan kembali meningkat selepas gencatan senjata yang dicapai pada Jun gagal bertahan.

Pada Sabtu, Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mendakwa menyerang tiga kapal tangki Iran selepas Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melancarkan peluru berpandu balistik ke arah dua kapal tentera laut AS. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.