Kerjasama kukuh Kerajaan Persekutuan, negeri pastikan Sabah terus maju

FOTO JABATAN PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Hubungan erat serta kerjasama utuh antara Kerajaan Persekutuan dan negeri akan terus menjadi asas penting dalam memastikan Sabah terus melangkah maju, makmur selain menikmati pembangunan lebih seimbang dan inklusif.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri bertemu Yang Dipertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu selepas lawatan kerja sehari.
  • Mereka bertukar pandangan mengenai agenda pembangunan negeri dan masa depan Sabah.
  • Perbincangan menekankan pengukuhan ekonomi serta inisiatif kesejahteraan sosial untuk rakyat.
  • Komitmen kerjasama berterusan antara Persekutuan dan negeri bagi mempertingkat taraf hidup rakyat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan itu susulan pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman pada majlis makan malam di Istana Seri Kinabalu selepas selesai lawatan kerja sehari di negeri berkenaan hari ini.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh masa depan Sabah, termasuk agenda pembangunan negeri, pengukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial serta ikhtiar mempertingkat taraf hidup rakyat,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.